WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (35504) ORDER BY meta_id ASC

Kerajaan dalam usaha peroleh Sistem Pengurusan Trafik Pesawat Tanpa Pemandu » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Kerajaan dalam usaha peroleh Sistem Pengurusan Trafik Pesawat Tanpa Pemandu

Estimate Reading Time: < 1 minute

LANGKAWI: Kerajaan dalam proses untuk memperoleh Sistem Pengurusan Trafik Pesawat Tanpa Pemandu (UASTM), kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

-Advertisement-

Beliau berkata, sistem, teknologi dan operasi penerbangan tanpa pemandu telah berkembang pesat, sekali gus memacu penyertaan penerbangan baharu dan pelbagai produk serta perkhidmatan terkini.

Menurutnya, kementerian memperaku dron sebagai penerbangan masa depan di negara ini.

Sehubungan itu, katanya, usaha untuk menyokong pertumbuhan dinamik itu mesti terlebih dahulu berpandukan kepada keutamaan bagi memastikan keselamatan, sekuriti, kecekapan dan kemampanan operasi sistem pesawat tanpa pemandu (UAS) yang kini semakin inovatif.

“UASTM ialah sistem bersepadu yang membolehkan semua pemain dron melengkapkan setiap prosesnya daripada pendaftaran hingga pemantauan operasinya berada di hujung jari mereka.

“Selain itu, membenarkan pihak berkuasa mengawasi aktiviti dron, mengeluarkan kebenaran untuk operasi UAS dan pengurusan ruang udara,” katanya dalam teks ucapan dibacakan timbalannya, Datuk Hasbi Habibollah pada perasmian Sidang Kemuncak Penerbangan Langkawi, di sini hari ini.

Loke berkata, untuk membolehkan industri dron berkembang dalam persekitaran yang kondusif dan selamat, ia perlu diisi dengan sejumlah besar pengendali yang cekap dengan pengetahuan UAS yang betul.

-Advertisement-

“Kerajaan juga meminda peraturan untuk menyokong dan memacu pertumbuhan industri dron tanpa membahayakan elemen keselamatan,” katanya.

Menurutnya, visi Kementerian Pengangkutan ialah untuk menyediakan sistem pengangkutan yang selamat, cekap dan mampan di seluruh negara bagi meningkatkan kualiti hidup serta menyokong ekonomi yang berdaya saing.

Sidang Kemuncak Penerbangan Langkawi bertemakan ‘Flying into The Future: A Road Map with Sustainable Aviation and Drones’ itu antara program Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23).

Ia bertujuan menyediakan platform bagi pemimpin industri, pakar dan peminat untuk bersama-sama meneroka penyelesaian inovatif yang akan membentuk masa depan penerbangan dan teknologi dron, selain memastikan kemampanan kekal sebagai teras.

– BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (39383,39372,39368,39365) ORDER BY meta_id ASC