WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27028) ORDER BY meta_id ASC

Kerajaan disyor tumpu tiga isu dalam RMK-12 » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Kerajaan disyor tumpu tiga isu dalam RMK-12

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran memberi perhatian terhadap tiga isu dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), yang dilihat mustahak untuk ditangani segera.

-Advertisement-

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata isu terbabit adalah pengangguran, aspek keselamatan domestik dan perubahan iklim.

Mengenai isu pengangguran, beliau berkata, lebih 200,000 siswazah dilaporkan menganggur pada masa ini dan situasi bertambah buruk akibat pandemik COVID-19 dengan pelaksanaan sekatan pergerakan bagi mengawal wabak sehingga menjejaskan ekonomi.

“Dalam mengambil langkah pemulihan ekonomi, isu yang perlu diambil berat ialah bagaimana untuk menangani masalah pengangguran.

“Saban tahun, ribuan siswazah lulus pengajian institut pengajian tinggi (IPT) dan ingin terus merasai dunia pekerjaan kerana terdapat faktor menghalang mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

“Isu pengangguran siswazah hanya dapat ditangani dengan cara mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai lapangan dan sektor yang ” katanya kepada BH, hari ini.

Lam Thye turut mengesyorkan kerajaan memperkenalkan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMP 2021-2025) bagi mengurangkan kadar kemalangan industri terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

-Advertisement-

Katanya, OSHMP perlu disemak semula untuk menyokong RMK-12 kerana ia mustahak bagi majikan serta pekerja kerana ia membantu mewujudkan persekitaran pekerjaan selamat, sihat, kondusif dan produktif.

Katanya, kerajaan juga perlu bersiapsiaga untuk membanteras jenayah digital yang berleluasa dengan mewujudkan latihan khas.

“Antara yang menjadi ancaman keselamatan negara pada ketika ini ialah jenayah siber seperti penipuan dalam talian. Pihak kerajaan harus melabur perolehan dalam aspek kemahiran untuk menangani jenayah siber.

“Ketika pandemik, jumlah jenayah harian memang menyaksikan penurunan. Jenayah siber seperti penipuan dalam talian menampakkan peningkatan membahayakan,” katanya.

Berkaitan bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh, Lam Thye menegaskan kerajaan perlu mengambil serius isu perubahan iklim kerana ia menjadi masalah global.

“Masalah kebakaran hutan, banjir dan kenaikan paras air laut kini dihadapi banyak negara. Di Malaysia, kita mula merasakan bencana banjir besar tanah runtuh, akibat kesan perubahan iklim ketika ini,” katanya. -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27213,27210,27208,27205) ORDER BY meta_id ASC