Kerajaan peringkat akhir lancar Baucar Perlindungan Tenang

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Kerajaan dalam peringkat akhir untuk melancarkan program Baucar Perlindungan Tenang, bantuan RM50 untuk membolehkan rakyat membeli insurans atau takaful.

-Advertisement-

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata menerusi inisiatif bagi meningkatkan jaringan perlindungan sosial rakyat, baucar itu dijangka dapat dimanfaatkan sehingga 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

“Bantuan program Baucar Perlindungan Tenang hasil kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM), syarikat insurans dan takaful akan membantu penerima BPR membeli perlindungan insurans dan takaful daripada penyedia berlesen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama secara maya pada Sidang Kemuncak Kewangan dan Perbankan Malaysia 2021 anjuran KSI Strategic Institute for Asia Pacific hari ini.

Yang turut serta Pengerusi Majlis Penasihat Kelab Ekonomi Kuala Lumpur (ECKL), Tan Sri Abdul Wahid Omar dan Presiden KSI Strategic Institute for Asia Pacific, Tan Sri Michael Yeoh.

Dalam Belanjawan 2021, kerajaan memperkenalkan Program Baucar Perlindungan Tenang iaitu insurans kos rendah bernilai RM50 sebagai bantuan kewangan kepada golongan B40 untuk membeli produk Perlindungan Tenang.

Menerusi Perlindungan Tenang, rakyat boleh membeli atau menyertai pelan perlindungan yang mampu dan mudah difahami, dengan proses tuntutan yang senang dan ringkas.

Produk Perlindungan Tenang menawarkan perlindungan kepada pemegang polisi serta keluarga dalam menghadapi peristiwa yang tidak dijangka (bergantung kepada jenis polisi) seperti kematian, kemalangan, hilang upaya kekal, kebakaran atau kerosakan harta benda.

Keistimewaan Perlindungan Tenang ialah kadar premium/caruman serendah RM1 sebulan dengan pelannya boleh diperbaharui setiap tahun.

Produk berkenaan juga mudah difahami dengan bayaran tuntutan terus kepada pemegang polisi atau benefisiari (penama), sekiranya berlaku musibah, selain proses taja jamin (underwriting) yang mudah dan pengeluaran polisi/sijil yang segera.

Produk Perlindungan Tenang boleh dibeli melalui laman web syarikat insurans/

pengendali takaful; kaunter cawangan syarikat insurans/pengendali takaful; cawangan bank tertentu; kaunter POS Malaysia; atau syarikat pengendali telefon mudah alih tertentu.

Proses tuntutan produk terbabit adalah mudah dan ringkas dengan tuntutan akan dibayar dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.

-Advertisement-

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, dalam tempoh jangka masa panjang, kerajaan dan BNM akan terus menekankan kepentingan literasi kewangan dan pembuatan keputusan kewangan yang baik melalui pelbagai usaha di bawah Jaringan Pendidikan Kewangan.

Yang turut serta Pengerusi Majlis Penasihat Kelab Ekonomi Kuala Lumpur (ECKL), Tan Sri Abdul Wahid Omar dan Presiden KSI Strategic Institute for Asia Pacific, Tan Sri Michael Yeoh.

Dalam Belanjawan 2021, kerajaan memperkenalkan Program Baucar Perlindungan Tenang iaitu insurans kos rendah bernilai RM50 sebagai bantuan kewangan kepada golongan B40 untuk membeli produk Perlindungan Tenang.

Menerusi Perlindungan Tenang, rakyat boleh membeli atau menyertai pelan perlindungan yang mampu dan mudah difahami, dengan proses tuntutan yang senang dan ringkas.

Produk Perlindungan Tenang menawarkan perlindungan kepada pemegang polisi serta keluarga dalam menghadapi peristiwa yang tidak dijangka (bergantung kepada jenis polisi) seperti kematian, kemalangan, hilang upaya kekal, kebakaran atau kerosakan harta benda.

Keistimewaan Perlindungan Tenang ialah kadar premium/caruman serendah RM1 sebulan dengan pelannya boleh diperbaharui setiap tahun.

Produk berkenaan juga mudah difahami dengan bayaran tuntutan terus kepada pemegang polisi atau benefisiari (penama), sekiranya berlaku musibah, selain proses taja jamin (underwriting) yang mudah dan pengeluaran polisi/sijil yang segera.

Produk Perlindungan Tenang boleh dibeli melalui laman web syarikat insurans/

pengendali takaful; kaunter cawangan syarikat insurans/pengendali takaful; cawangan bank tertentu; kaunter POS Malaysia; atau syarikat pengendali telefon mudah alih tertentu.

Proses tuntutan produk terbabit adalah mudah dan ringkas dengan tuntutan akan dibayar dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, dalam tempoh jangka masa panjang, kerajaan dan BNM akan terus menekankan kepentingan literasi kewangan dan pembuatan keputusan kewangan yang baik melalui pelbagai usaha di bawah Jaringan Pendidikan Kewangan. -BH