WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (1962) ORDER BY meta_id ASC

Kerjasama dengan lima negara kesan aset 1MDB dianggarkan RM18.9 bilion » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Kerjasama dengan lima negara kesan aset 1MDB dianggarkan RM18.9 bilion

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR- Sekurang-kurangnya lima negara sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengesan aset dan hartanah belum dikenal pasti yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dianggarkan berjumlah RM18.9 bilion.

-Advertisement-

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata pasukannya bekerjasama dengan negara terbabit menerusi Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) untuk menyiasat dan mengesan kedudukan aset berkenaan.

“Ini bukanlah transaksi berbentuk ‘one-off’, ia melibatkan beberapa transaksi,” katanya kepada pemberita di luar Persidangan Antarabangsa mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan 2019, di sini hari ini.

Menjelaskan lebih lanjut, Latheefa berkata SPRM bekerjasama rapat dengan negara terbabit untuk mengesan aset itu.

-Advertisement-

Bagaimanapun, beliau berkata usaha itu akan mengambil sedikit masa untuk membuahkan hasil kerana suruhanjaya berkenaan perlu mengenal pasti aset terbabit terlebih dahulu.

Sebelum ini, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan bahawa berdasarkan aduan pelucutan hak sivil, dari 2009 hingga 2015, lebih US$4.5 bilion dana kepunyaan 1MDB didakwa diseleweng oleh pegawai tertinggi 1MDB dan sekutu mereka, termasuk ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho yang juga dikenali sebagai Jho Low, menerusi konspirasi jenayah membabitkan pengubahan wang haram antarabangsa dan rasuah.- BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC