WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33122) ORDER BY meta_id ASC

Kes baharu COVID-19 turun 14.2 peratus » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Kes baharu COVID-19 turun 14.2 peratus

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 9 Jan 2023 (The Capital Post): Kes baharu COVID-19 di seluruh negara turun 14.2 peratus kepada 3,231 kes pada Minggu Epidemiologi 1 (ME 1/2023) iaitu dari 1 hingga 7 Januari, berbanding 3,767 kes pada ME sebelumnya.

-Advertisement-

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bilangan kes tempatan turun 14 peratus daripada 3,735 kes kepada 3,213 kes bagi ME1/2023 manakala kes import turut turun 43.8 peratus daripada 32 kes kepada 18 kes.

“Bilangan kes sembuh pada ME 1/2023 turun 35.6 peratus (5,869 kes kepada 3,781 kes). Bilangan kes kematian pada ME 1/2023 turun 4.5 peratus (22 kes kepada 21 kes),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Secara kumulatif, katanya, sejumlah 5,029,908 kes baharu COVID-19 direkodkan sejak 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 7 Januari lalu, manakala 4,981,975 kes sembuh dan 36,874 kes kematian dicatat bagi tempoh sama.

Dr Noor Hisham berkata, sejumlah 7,167 kluster direkodkan secara kumulatif dengan sembilan kluster masih aktif.

Katanya, kemasukan pesakit ke hospital dan Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) bagi setiap 100,000 penduduk secara keseluruhannya turun dua peratus.

-Advertisement-

Turut menunjukkan trend penurunan adalah jumlah kemasukan ke hospital awam bagi kategori satu (tidak bergejala) dan dua (bergejala) dengan penurunan 15.4 peratus, manakala bagi kategori tiga (mempunyai radang paru-paru), empat (perlu bantuan oksigen) serta lima (perlu alat bantuan pernafasan) turun 7.7 peratus.

Dr Noor Hisham berkata, peratus pengisian katil fasiliti termasuk katil bukan kritikal dan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) serta kes positif COVID-19 yang dipantau Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara turut menunjukkan penurunan.

– BERNAMA -BH

(The Capital Post)

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC