Kes peras, khianat: 3 beranak antara 5 lelaki ditahan reman

Estimate Reading Time: < 1 minute

GEORGETOWN: Tiga beranak antara lima lelaki ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pemerasan serta khianat ke atas premis jualan kenderaan baharu dan terpakai, di sini.

-Advertisement-

Perintah reman sehingga 27 Mei itu dikeluarkan Majistret Nur Melati Diana Abd Wahab bagi membolehkan siasatan dibuat terhada semua suspek mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 385 Kanun Keseksaan.

Mereka yang ditahan berusia 26 hingga 63 tahun, terdiri daripada tiga pekebun durian, manakala dua lagi, masing-masing pembantu di kedai telefon bimbit serta penjual penyaman udara.

Tiga beranak yang direman ialah bapa dan dua anak lelakinya, termasuk seorang berusia 36 tahun yang juga suspek utama. Kesemua lima suspek diwakili peguam, Tan Yen Sing.

-Advertisement-

Terdahulu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin ketika ditemui media, berkata lima suspek berkenaan ditahan antara jam 5.15 petang semalam hingga 3.20 pagi tadi di empat lokasi berasingan sekitar Georgetown dan Bayan Baru.

Dengan penahanan itu, Polis Pulau Pinang berjaya menyelesaikan sebanyak 15 kes peras ugut dan simbah cat atau asid terhadap premis jualan kenderaan baharu dan terpakai, masing-masing 12 di daerah Timur Laut dan dua lagi di Barat Daya.

– Berita Harian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373