Kes terus meningkat, 7,234 jangkitan baharu hari ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kes harian COVID-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan apabila sebanyak 7,234 kes baharu, setakat jam 12 tengah hari ini.

-Advertisement-

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menjadikan jumlah individu yang sudah dijangkiti oleh virus berkenaan adalah sebanyak 2,895,014 kes.

Kes yang dilaporkan hari ini dilihat meningkat secara mendadak berbanding yang dilaporkan semalam iaitu sebanyak 5,720 kes.

-Advertisement-

-BH