WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (28211) ORDER BY meta_id ASC

'Pengguna jauh dari Lembah Klang, disaran masuk lebuh raya sebelum 9 pagi' » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

‘Pengguna jauh dari Lembah Klang, disaran masuk lebuh raya sebelum 9 pagi’

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihatkan orang ramai dari utara dan selatan yang ingin kembali ke Lembah Klang mulai hari ini hingga Ahad, supaya mematuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dengan mula memasuki lebuh raya sebelum jam 9 pagi bagi yang bertolak jauh dari ibu negara.

-Advertisement-

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, berkata jumlah trafik yang meningkat dicatatkan pada hari kedua sambutan Tahun Baharu Cina pada 2 Februari lalu, apabila Lebuhraya Utara-Selatan menyaksikan lonjakan trafik dari semua negeri.

Beliau berkata, lonjakan trafik dijangka akan berulang esok dan Ahad ini berikutan langkah orang ramai yang mengambil cuti tambahan bersempena dengan cuti sekolah, akan memulakan perjalanan masing-masing untuk kembali ke Lembah Klang.

“Kami menggesa orang ramai supaya merancang perjalanan pulang yang selamat dengan merujuk kepada TTA yang sudah dikeluarkan.

“Pastikan baki kad Touch ‘n Go atau Touch ‘n Go e-Wallet (untuk transaksi RFID) anda mencukupi untuk menikmati perjalanan yang selesa di plaza tol dan sentiasa mematuhi SOP pencegahan COVID-19 di R&R serta hentian sebelah serta gunakan aplikasi seperti Waze atau Google Map untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di sepanjang lebuh raya,” katanya.

-Advertisement-

Zakaria berkata, PLUS sudah membuat persediaan rapi untuk memastikan pengguna lebuh raya menikmati perjalanan pulang yang selesa, antaranya menyediakan pasukan PLUS Ronda tambahan untuk membantu mereka yang mungkin menghadapi masalah kerosakan kenderaan di lebuhraya.

Katanya, PLUS juga bekerjasama dengan Polis Trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di sepanjang lebuh raya, menempatkan anggota RELA untuk pengurusan trafik di plaza tol dan kawasan rehat serta menyediakan maklumat trafik melalui pelbagai saluran komunikasi PLUS.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC