Ketidaksamaan gender tidak bertambah baik sepanjang sedekad

Estimate Reading Time: 2 minutes

NEW YORK: Ketidaksamaan gender kekal tidak berubah selama sedekad, berikutan budaya berat sebelah dan tekanan terus menghalang pemerkasaan wanita berlaku.

-Advertisement-

Menurut penyelidikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), perkara itu menyebabkan dunia tidak mungkin memenuhi matlamat PBB untuk kesetaraan gender menjelang 2030.

Walaupun terdapat lonjakan dalam kumpulan hak asasi wanita dan gerakan sosial seperti Time’s Up dan MeToo di Amerika Syarikat, norma sosial yang berat sebelah dan krisis pembangunan manusia yang dipertingkatkan oleh COVID-19, ramai wanita kehilangan pendapatan sekali gus menghalang kemajuan dalam ketidaksamaan.

Dalam laporan terbarunya, Program Pembangunan PBB (UNDP) menjejaki isu itu melalui Indeks Norma Sosial Gendernya, yang menggunakan data daripada program penyelidikan antarabangsa Kajian Nilai Dunia (WVS).

Tinjauan itu diambil daripada set data yang merangkumi tahun 2010-2014 dan 2017–2022 daripada negara dan wilayah yang meliputi 85 peratus daripada populasi global.

Analisis terkini menunjukkan hampir sembilan daripada 10 lelaki dan wanita mempunyai asas berat sebelah terhadap wanita dan bahagian orang yang mempunyai sekurang-kurangnya satu berat sebelah hampir tidak berubah sepanjang dekad.

Di 38 negara yang dikaji, bahagian orang yang mempunyai sekurang-kurangnya satu berat sebelah menurun kepada hanya 84.6 peratus daripada 86.9 peratus.

Penasihat penyelidikan dan perkongsian strategik di UNDP dan pengarang bersama laporan itu, Heriberto Tapia, berkata tahap peningkatan dari semasa ke semasa begitu mengecewakan.

-Advertisement-

Tinjauan itu juga menyatakan bahawa hampir separuh daripada penduduk dunia berpendapat lelaki menjadi pemimpin politik yang lebih baik, manakala 43 peratus berpendapat lelaki adalah eksekutif perniagaan yang baik.

“Kita perlu mengubah isu berat sebelah gender, norma sosial dengan matlamat utama adalah untuk mengubah hubungan kuasa antara wanita dan lelaki, antara manusia,” menurut lakar gender dalam ekonomi inklusif di UNDP, Aroa Santiago.

Walaupun pendidikan sentiasa dipuji sebagai kunci untuk meningkatkan hasil ekonomi untuk wanita, tinjauan itu mendedahkan hubungan terputus antara jurang pendidikan dan pendapatan dengan purata jurang pendapatan pada 39 peratus walaupun di 57 negara di mana wanita dewasa lebih berpendidikan berbanding lelaki.

Lebih banyak bahaya kepada kesejahteraan wanita boleh dilihat dalam pandangan mengenai keganasan, dengan lebih satu daripada setiap empat orang percaya adalah wajar bagi seorang lelaki untuk memukul isterinya, menurut UNDP.

– REUTERS

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373