Ketua Eksekutif HKSAR adakan lawatan sulung ke Malaysia

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), John Lee Ka-Chiu, mengadakan lawatan ke Malaysia selama tiga hari bermula hari ini.

-Advertisement-

Wisma Putra menerusi kenyataan memaklumkan, lawatan sulung John Lee itu turut disertai pegawai kanan HKSAR membabitkan wakil pelbagai sektor termasuk perindustrian dan komersial, perdagangan, inovasi serta teknologi dan pengangkutan serta logistik.

“Ketika lawatan itu, John Lee dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kedua-dua pihak dijangka bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa kerjasama dua hala dan langkah ke hadapan, terutamanya dalam bidang perdagangan serta ekonomi, inovasi dan teknologi, dan serta rakyat ke rakyat,” katanya.

Berdasarkan kenyataan itu lagi, John Lee akan menghadiri forum perniagaan Malaysia-Hong Kong dan menyaksikan pemeteraian beberapa memorandum persefahaman (MoU) antara entiti perniagaan daripada kedua-dua pihak.

-Advertisement-

HKSAR adalah antara rakan dagang utama Malaysia dan rakan dagangan kesembilan terbesar Malaysia pada 2022.

Jumlah dagangan antara Malaysia dan HKSAR bernilai RM113.20 bilion (AS$25.69 bilion), peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding tahun 2021.

“Lebihan dagangan berpihak kepada Malaysia dengan nilai RM78 bilion (AS$17.66 bilion),” katanya.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373