Kim Swee tak kisah jumlah gol, janji menang

Estimate Reading Time: < 1 minute

GEORGETOWN: Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berpuas hati atas kejayaan menundukkan Penang FC di tempat lawan biarpun sekadar menang tipis 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, malam tadi.

-Advertisement-

Bekas jurulatih skuad Harimau Malaya itu berpendapat, memburu kemenangan adalah lebih penting berbanding menghitung berapa jumlah gol boleh dicetak bagi satu-satu perlawanan yang dihadapi.

“Kemenangan tiga mata lebih penting daripada apa yang saya fikirkan mengenai berapa jumlah gol yang boleh dihasilkan.

“Saya tidak pentingkan gol yang banyak terutamanya kami bermain di tempat lawan,” katanya dalam sidang media selepas tamat perlawanan.

Sebagai rekod, Sang Badak pernah mencatat kemenangan besar 5-2 ke atas Penang dalam pertembungan di Stadium Likas, Sabah pada 17 Mac lalu.

Mengulas lanjut, Kim Swee berkata anak buahnya bermain dengan agak baik terutama separuh masa pertama namun leka pada babak kedua menyebabkan gawang kem pelawat dibolosi pada minit ke-76.

-Advertisement-

“Perkara seperti ini tidak boleh berulang di mana kita bermain di tempat lawan. Apabila pasukan lawan mendapatkan gol pertama sudah tentu memberi tekanan pada pasukan.

“Namun kita dapat mengekang asakan daripada pasukan Penang dan berjaya mempertahankan gol kita sehingga minit terakhir,” katanya.

Beliau turut menyifatkan tiga perlawanan berturut-turut di tempat lawan termasuk menjelang saingan Piala Malaysia menentang Kuching City FC di Sarawak pada Sabtu ini memberi kesan kepada persediaan pasukannya.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5309