Korea Utara kritik lawatan Setiausaha Negara AS ke China

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEOUL: Korea Utara mengkritik lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Anthony Blinken ke Beijing sebagai `kunjungan mengemis’ dalam usaha meredakan ketegangan yang disifatkan gagal untuk menekan China.

-Advertisement-

Dalam satu pertukaran AS-China yang paling penting sejak Presiden AS, Joe Biden memegang jawatan, Blinken dan Presiden China, Xi Jinping bersetuju menstabilkan persaingan sengit kedua-dua negara supaya ia tidak berubah menjadi konflik.

Selepas pertemuan Isnin lalu, Blinken turut menggesa China untuk menggalakkan Korea Utara menghentikan pelancaran peluru berpandu.

Ini memandangkan Beijing memegang `kedudukan unik’ menekan Pyongyang untuk terbabit dalam dialog.

-Advertisement-

Dalam ulasan disiarkan oleh agensi berita KCNA Utara, Jong Yong Hak yang dianggap sebagai penganalisis hal ehwal antarabangsa, berkata lawatan yang jarang berlaku itu bertujuan mengurangkan ketegangan `dalam usaha untuk menekan dan menghalang China daripada menggangu gugat ekonomi AS’.

– REUTERS

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373