KPM aktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 15 DEC 2022 (The Capital Post): Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) seperti yang termaktub di bawah Akta Pendidikan 1996, bertujuan menyumbang idea dan pandangan dalam merangka dan menambah baik hala tuju pendidikan negara.

-Advertisement-

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata menerajui kementerian itu, beliau akan mengambil pendekatan yang lebih holistik melalui proses konsultasi dan musyawarah dengan rakan strategik serta semua pihak yang berkepentingan.

Katanya, beliau juga akan memastikan keseluruhan ekosistem pendidikan dilaksanakan mengikut proses yang ditetapkan dan berlandaskan Akta Pendidikan 1996 serta peraturan-peraturan berkaitan.

“Saya akan mengaktifkan semula MPPK seperti yang termaktub bawah Akta Pendidikan 1996. Dengan adanya MPPK ini nanti diharapkan akan dapat menyumbang idea dan pandangan kepada Kementerian Pendidikan dalam merangka dan menambah baik hala tuju pendidikan negara.

-Advertisement-

“Perkara ini termasuk memikirkan kesinambungan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang akan berakhir pada 2025,” katanya pada sidang media khas di kementeriannya petang ini.

-BH

(The Capital Post)