KPM terus dasar pendidikan sedia ada – Fadhlina

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 15 DEC 2022 (The Capital Post): Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi jaminan bahawa Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneruskan dasar pendidikan sedia.

-Advertisement-

Beliau berkata, pada masa sama, pihaknya akan melakukan penambahbaikan proses penyampaian bagi menjamin kecekapan dan keberkesanannya.

“Saya mendapati ada beberapa penambahbaikan daripada aspek proses penyampaian dan perkhidmatan pendidikan yang perlu dilaksanakan.

“Aspirasi KPM sudah cukup jelas, oleh itu setiap perkara yang hendak diputuskan perlu diteliti dan dikaji secara berhemah dan budaya ini akan terus dibawa oleh KPM,” katanya pada sidang media khas petang ini.

-Advertisement-

-BH

(The Capital Post)