KUALA KANGSAR 23 OGOS 2026 (The Capital Post) – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meneruskan usaha memperkukuh pengurusan dan kemudahan pendidikan menerusi lawatan kerja Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Dato’ Indera Ikmalrudin Ishak ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Kenas, Kuala Kangsar, Perak.
Lawatan yang berlangsung pada Selasa lalu itu bertujuan meninjau keadaan kemudahan, persekitaran serta pengurusan sekolah, selain mendapatkan gambaran lebih menyeluruh berkaitan pencapaian, keperluan dan situasi semasa institusi berkenaan.
Dalam kunjungan tersebut, beliau turut meninjau persekitaran sekolah serta mengikuti sesi pembentangan oleh guru besar yang merangkumi aspek pengurusan sekolah, pencapaian murid dan warga pendidik serta keperluan yang perlu diberikan perhatian.
-Advertisement-
Lawatan berkenaan mencerminkan komitmen KPM untuk memastikan keadaan dan keperluan sekolah terus diberi perhatian, sekali gus menyokong penyediaan persekitaran pendidikan yang kondusif bagi murid dan guru.
Usaha meninjau keadaan sekolah secara langsung turut penting bagi membantu kementerian memahami keperluan di peringkat akar umbi serta merancang penambahbaikan yang bersesuaian demi memastikan kualiti pendidikan terus diperkasa. – The Capital Post