Lebih 15,000 hadir Rumah Terbuka MIC

Estimate Reading Time: < 1 minute

Kuala Lumpur, 3 Nov 2019 (The Capital Post) – lebih 15,000 hadir ke Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran Malaysian Indian Congress (MIC) di Dewan Tun Razak, PWTC hari ini.

-Advertisement-

Majlis rumah terbuka MIC ini dikunjungi lapisan masyarakat berbilang kaum dan semua ketua – ketua bahagian dan cawangan dari seluruh pelusuk negara. Para hadirin disajikan dengan juadah tradisi sempena Deepavali dan persembahan tradisional.

Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamid memuji kepimpinan Tan Sri Vigneswaran, Presiden MIC dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Saravanan dalam memacu parti dalam keadaan politik Malaysia Baharu.

-Advertisement-

Majlis Rumah Terbuka Deepavali MIC ini dihadiri YB Dato Sri Najib Tun Razak, Mantan Perdana Menteri Malaysia, YB Datuk Seri Utama Mohammad Hassan Timbalan Presiden UMNO, YB Datuk Seri Wee Ka Siong, Presiden MCA yang disambut oleh Presiden MIC, Tan Sri Vigneswaran dan Datuk Sri Saravanan, Timbalan Presiden MIC. – The Capital Post

 


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373