Lebih 17,000 pesakit COVID-19 hari ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Angka harian COVID-19 di negara ini terus menunjukkan penurunan dengan 17,236 kes dilaporkan hari ini.

-Advertisement-

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah terbabit menjadikan kes terkumpul pandemik itu sebanyak 1,279,776 kes.

Katanya, Selangor kes mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 5,740 kes diikuti Kuala Lumpur yang merekodkan 1,567 kes serta Kedah sebanyak 1,328 kes.

“Sabah sebanyak 1,247 kes, Johor (1,232), Negeri Sembilan (1,215), Perak (935) dan Kelantan (914).

-Advertisement-

“Pulau Pinang pula merekodkan sebanyak 908 kes diikuti Pahang (604), Sarawak (589), Terengganu (501), Melaka (360), Putrajaya (66), Perlis (22) dan Labuan (8),” katanya menerusi hantaran di Facebook.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5279