Lebih 338,000 penduduk Semenanjung Gaza tinggalkan kediaman

Estimate Reading Time: < 1 minute

GENEVA: Lebih 338,000 penduduk di Semenanjung Gaza terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing selepas Israel terus menerus melancarkan serangan bom.

-Advertisement-

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, terbaru 75,000 penduduk meninggalkan kediaman, menjadikan jumlah keseluruhan kini mencecah 338,934 orang.

“Jumlah besar-besaran penduduk meninggalkan Semenanjung Gaza berterusan,” demikian menurut OCHA, agensi kemanusiaan PBB dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan dikeluarkan selepas Israel membedil kedudukan Hamas di Semenanjung Gaza – kawasan yang mempunyai jumlah penduduk paling padat 2.3 juta – sejak pejuang Hamas melancarkan serangan mengejut ke atas Israel, pada Sabtu.

Tentera Israeli mendakwa seramai 1,200 penduduknya, terutama orang awam terbunuh akibat serangan Hamas.

-Advertisement-

Di Gaza, pegawai menyebut lebih 1,000 penduduk terbunuh dalam siri serangan balas udara dan operasi ketenteraan Israel.

OCHA menyebut, hampir 220,000 penduduk atau dua pertiga daripada mereka yang meninggalkan kediaman sudah ditempatkan di sekolah yang dijadikan tempat perlindungan.

– AFP

– TheStar


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373