WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (30721) ORDER BY meta_id ASC

Lelaki jadi 'surirumah' bakal dapat skim perlindungan PERKESO » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Lelaki jadi ‘surirumah’ bakal dapat skim perlindungan PERKESO

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji cadangan untuk memperluaskan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk golongan lelaki yang bergelar ‘surirumah’.

-Advertisement-

Bagaimanapun, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata pihaknya terlebih dulu perlu mengenal pasti jumlah lelaki yang menjadi ‘surirumah’.

Katanya, walaupun surirumah lelaki bukan budaya di negara ini, namun pihaknya tiada masalah untuk memperluaskan skim berkenaan jika terdapat keperluan berbuat demikian.

“Perkara ini dibangkitkan dalam Jemaah Menteri. Kita perlu satu kajian yang sepenuhnya untuk kenal pasti berapa ramai suami jadi surirumah.

“Bagaimanapun, jika diikutkan budaya di Malaysia…majoriti suami bekerja, manakala isteri jaga rumah tangga, tetapi kita akan mula dengan wanita dulu dan kaji dengan mendalam apa keperluan.

“Sekiranya keperluan mendesak (untuk surirumah lelaki), kita tidak ada masalah untuk memperluaskan (skim berkenaan) walaupun kita lihat aspek budaya dan gaya hidup (di Malaysia), angka (surirumah lelaki) memang kecil,” katanya pada sidang media khas mengenai SKSSR di Wisma HRDF di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

RUU Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 diluluskan di Dewan Rakyat pada 25 Julai lalu, bertujuan melaksanakan SKSSR. Skim berkenaan akan berkuat kuasa pada 1 Disember ini.

Diluluskan secara sebulat suara, RUU itu antara lain membolehkan SKSSR dilaksanakan bagi menjaga kebajikan surirumah akibat berlaku sebarang kejadian ketika menguruskan rumah tangga serta melindungi mereka daripada sebarang penyakit yang menjejaskan kerja sebagai seorang suri rumah.

-Advertisement-

Mengulas lanjut mengenai pelaksanaan skim berkenaan, Saravanan berkata, ia bukan wajib atau secara paksaan kerana ia bergantung kepada keupayaan serta kemampuan mencarum untuk isteri.

Bagaimanapun, beliau berkata, suami boleh berbincang atau membuat permohonan kepada PERKESO sekiranya tidak ada kemampuan atau keupayaan meneruskan caruman untuk isteri mereka.

Namun, katanya, suami boleh didenda tidak melebihi RM10,000 jika mereka sudah mula membayar caruman tetapi gagal meneruskannya.

“Saya merayu kepada suami mencarum serendah RM10 sebulan supaya isteri mereka memperoleh manfaat.

“Saya percaya, suami harus menunjukkan rasa sayang dan keprihatinan kepada isteri mereka. Walaupun tidak wajib dan bukan paksaan tetapi ia penting,” katanya.

Bagi suami yang berpoligami pula, beliau mengalu-alukan mereka mencarum untuk isteri masing-masing.

Saravanan berkata, pihaknya tidak menolak untuk menguar-uarkan mengenai skim berkenaan menerusi kursus perkahwinan supaya orang ramai mengetahui kewujudan dan manfaatnya.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC