WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (30717) ORDER BY meta_id ASC

Majoriti rakyat Malaysia pilih beli-belah dalam talian » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Majoriti rakyat Malaysia pilih beli-belah dalam talian

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Kajian terbaharu Shopee mendapati sembilan daripada 10 pembeli di Malaysia masih gemar membeli-belah dalam talian meskipun ekonomi negara kini telah dibuka semula selepas sekatan akibat COVID-19.

-Advertisement-

Ketua Kempen Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh, berkata tinjauan ‘Celebrating the Heart of Malaysia on E-Commerce’ turut mendapati lebih separuh daripada pembeli di platform Shopee melihat aktiviti membeli-belah dalam talian sebagai sesuatu yang bersifat lebih kekal.

Beliau berkata, hasil tinjauan turut memperlihatkan 21 peratus pembeli merasakan ia sudah menjadi kebiasaan, 17 peratus mengatakan mereka boleh mencari stok yang tersedia dalam talian dengan mudah dan 14 peratus ingin mengakses pilihan yang tidak dapat dibeli secara luar talian di lokasi mereka.

Katanya, 43 peratus daripada pembeli pula menghargai membeli-belah secara dalam talian bagi membandingkan harga dalam persekitaran inflasi ini.

“Penghantaran barangan yang lebih pantas menjadi sebab utama bagi pembeli di Malaysia untuk membeli-belah daripada penjual tempatan (42 peratus daripada pembeli). Sebanyak 20 peratus ingin menyokong barangan Buatan Malaysia demi memastikan ekonomi kekal rancak dalam negara.

“Sejumlah 19 peratus mempunyai keutamaan untuk produk yang disesuaikan mengikut citarasa tempatan dan 11 peratus percaya pada kualiti barangan yang dihasilkan daripada sumber tempatan dan barangan Buatan Malaysia,” katanya.

Menurut tinjauan Shopee, tidak semua pembeli hanya mengutamakan diskaun dan baucar, malah tujuh daripada 10 pembeli di Malaysia mengaitkan pembelian dalam talian bersama Shopee dengan aktiviti yang menenangkan fikiran.

“Sejumlah 40 peratus menyatakan ini sebagai ‘keselesaan dan fleksibiliti untuk menerima bungkusan di rumah’, manakala 17 peratus berasa lebih selamat kerana ‘Jaminan Shopee memastikan transaksi saya selamat dan terjamin kerana wang tidak dihantar kepada penjual sehingga saya mengesahkan penerimaan pesanan’ dan 10 peratus mengkaji ulasan dan gambar yang ditinggalkan oleh pelanggan lain,” katanya.

-Advertisement-

Sementara itu, tinjauan Shopee membabitkan lebih 3,300 pembeli dan 2,100 penjual di seluruh Malaysia mendapati bahawa bagi empat daripada sepuluh penjual tempatan, Shopee adalah satu-satunya saluran perniagaan mereka dalam ekonomi ini.

Tinjauan pasaran yang berlangsung dari 19 Julai hingga 17 Ogos 2022 itu dilihat tepat pada masanya dalam mengetengahkan kepentingan pendapatan yang dijana dalam talian.

“Sejumlah 45 peratus daripada komuniti penjual Shopee yang ditinjau berkata bahawa platform ini membolehkan mereka menyara keluarga mereka (menyediakan keperluan hidup, pendidikan, keperluan gaya hidup).

“Kira-kira 26 peratus menabung dan melabur hasil pendapatan ini untuk masa depan, dan responden yang lain menggunakannya untuk mengekalkan kehidupan yang lebih baik, memastikan kakitangan mempunyai pekerjaan, dan meningkatkan perkembangan peribadi mereka,” demikian menurut Shopee.

Menurut kajian itu, lebih daripada lapan dalam 10 penjual yang mengambil bahagian mengaitkan kejayaan jangka panjang kedai mereka bukan kepada diskaun yang ditawarkan, tetapi kepada pengalaman membeli-belah yang disesuaikan mengikut citarasa tempatan.

Soh berkata, tinjauan ‘Celebrating the Heart of Malaysia on E-Commerce’ menekankan bagaimana penjual Malaysia terus berjaya dan membina keselamatan kewangan dengan menjual di pasaran dalam talian seperti Shopee.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC