WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (2890) ORDER BY meta_id ASC

Lelaki warga Syria cedera parah ditikam warga emas ketika kedua-duanya mabuk » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Lelaki warga Syria cedera parah ditikam warga emas ketika kedua-duanya mabuk

Estimate Reading Time: < 1 minute

GEORGE TOWN- Seorang warga Syria yang tinggal secara haram di negara ini cedera parah ditikam seorang pekerja rumah tumpangan ketika kedua-dua mereka bertengkar dalam keadaan mabuk di hadapan premis itu di Lorong Prangin di sini awal pagi tadi.

-Advertisement-

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 1.25 pagi mengenai seorang lelaki cedera di bahagian kepala, perut dan kaki kiri akibat ditikam seorang pekerja rumah tumpangan berusia 69 tahun.

“Siasatan awal mendapati mereka yang dalam keadaan mabuk bergaduh selepas terlanggar antara satu sama lain ketika mahu ke tandas di aras bawah rumah itu sebelum berlaku pertengkaran dan tolak menolak sehingga suspek mengambil pisau dan menikam mangsa beberapa kali,” katanya di sini, hari ini.

Soffian berkata polis menahan lelaki warga emas itu di lokasi kejadian dan merampas pisau yang digunakannya untuk menikam mangsa.

-Advertisement-

Mangsa yang menerima rawatan di hospital Pulau Pinang dilaporkan dalam keadaan stabil dan ditahan kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri.

Menurutnya, lelaki warga emas itu pula mempunyai 19 rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah itu kini direman untuk siasatan lanjut dan kes itu disiasat menurut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan parah.- BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC