WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27984) ORDER BY meta_id ASC

Lengkap vaksin, kapasiti 50 peratus majlis akad nikah, kenduri » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Lengkap vaksin, kapasiti 50 peratus majlis akad nikah, kenduri

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA BHARU: Majlis akad nikah dan kenduri di Kelantan dibenarkan bagi individu yang lengkap vaksin COVID-19 dengan kehadiran 50 peratus kapasiti ruang premis berkuat kuasa serta merta.

-Advertisement-

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Datuk Che Mohd Rahim Jusoh, berkata individu yang hadir perlu mematuhi penjarakan fizikal.

Katanya, individu yang lengkap menerima vaksin dibenarkan membawa kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan ia perlu mematuhi protokol kesihatan umum.

“Kursus praperkahwinan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPI) dijalankan secara dalam talian.

“Perkhidmatan khidmat nasihat dan runding cara dijalankan secara dalam talian dan bersemuka dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

-Advertisement-

“Segala arahan dan ketetapan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa adalah terpakai,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, SOP itu dikeluarkan oleh Bahagian Undang-undang Keluarga Islam sepanjang tempoh Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan ia juga merujuk kepada situasi semasa berkaitan wabak COVID-19 di Kelantan.

Menurutnya semua arahan dikeluarkan sebelum ini adalah terbatal.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC