Loji solar PV sedia pendapatan konsisten kepada M K Land

Estimate Reading Time: < 1 minute

BAGAN SERAI: Loji solar fotovotaik (PV) skala besar 10.95-megawatt (MW) di Lembah Beriah, Kerian, Perak akan menyediakan aliran pendapatan berterusan kepada M K Land Holding Bhd daripada penjualan tenaga elektrik solar kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB).

-Advertisement-

M K Land menerusi anak syarikatnya Solar Citra Sdn Bhd semalam meraikan pencapaian operasi komersial loji solar PV yang pertama di Perak itu.

Pengerusi Exsekutif M K Land, Felina Mustapha Kamal, projek itu adalah sebahagian daripada kitaran keempat program Solar Skala Besar 4 (LSS4) yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga dan dibangunkan dengan kerjasama Solarvest Holdings Bhd sebagai kontraktor utama, manakala GoodWe Technologies Co Ltd bertindak sebagai penyedia penyelesaian tenaga solar.

“Loji solar yang berkeluasan 40 ekar dengan pemasangan 32,000 keping panel itu mula beroperasi secara rasmi pada 30 Mei lalu.

“Kos keseluruhan pembinaan loji solar itu adalah sekitar RM52 juta dengan perjanjian selama 25 tahun sehingga 2048,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Solar Citra, Kamarulzaman Abu Bakar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Noor Azman Ghazali.

-Advertisement-

Felina menambah, susulan kejayaan M K Land membina loji solar Perak, sebuah lagi loji sama akan dibuka di Kulim berskala hampir 30MW di atas tanah berkeluasan 130 ekar dalam masa terdekat untuk kegunaan perindustrian.

Katanya, M K Land tidak hanya menumpukan sepenuhnya kepada loji solar semata-mata dan masih menumpukan sepenuhnya dalam bidang hartanah.

“Hartanah tetap nombor satu di hati kami dan di Perak sahaja kita sudah membina 9,000 unit rumah di sini. Kedua barulah solar dan ketiga adalah resort,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Sabli menegaskan sebanyak enam ladang solar dibina di Kerian dengan keluasan keseluruhan 640 ekar.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373