Pekebun sayur hilang hampir RM800,000 akibat ‘scam’

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUANTAN: Seorang pengusaha kebun sayur di Cameron Highlands kerugian RM792,669.45 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan menerusi telefon yang menyamar sebagai pegawai polis dan syarikat penghantaran barang.

-Advertisement-

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan, lelaki berusia 54 tahun itu menerima panggilan telefon daripada suspek yang memperkenalkan diri daripada syarikat penghantaran barang pada 19 Jun lalu.

Katanya, suspek memaklumkan terdapat bungkusan barang milik mangsa.

“Mangsa kemudiannya diminta menghubungi pegawai polis kerana bungkusan barang itu mengandungi kad kredit, kad pengenalan dan pasport.

“Mangsa juga dikatakan terbabit dengan pengubahan wang haram, akaun mangsa akan diperiksa serta waran tangkap telah dikeluarkan.

-Advertisement-

“Takut dengan ugutan itu, mangsa mengikut semua arahan suspek sehingga memindahkan sejumlah RM792,669.45 kepada lima akaun berbeza.

“Siasatan mendapati mangsa menggunakan wang simpanannya. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautanhttps://semakmule.rmp. gov.myterlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373