WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (25306) ORDER BY meta_id ASC

Majikan bantu pekerja dapat vaksin » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Majikan bantu pekerja dapat vaksin

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Majikan perlu membabitkan pekerja masing-masing dalam kawalan penularan wabak COVID-19 di tempat kerja.

-Advertisement-

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong, ini termasuk memastikan semua pekerja mendapatkan vaksin secepat mungkin.

Beliau berkata, melalui libat urus yang dijalankan bersama-sama Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM), majikan juga perlu memastikan semua pekerja yang bergejala menjalani ujian saringan COVID-19.

“Kami juga menggalakkan majikan untuk memberi akses klinik panel kepada pekerja masing-masing kerana kadang kala, ada sesetengah pekerja tidak mempunyai kemudahan ini dan perlu membayar untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19.

“Berikutan itu, mereka mungkin lewat mendapatkan rawatan. Jika boleh, majikan bekerjasama dengan pekerja. Apabila mereka bergejala, kakitangan terus menjalani ujian pengesanan, terutama kini sudah ada kit ujian menggunakan air liur,” katanya pada sidang media hari ini.

Dr Chee Kheong berkata, sekiranya pekerja itu didapati tidak sihat, mereka seharusnya dirujuk untuk mendapatkan rawatan kesihatan.

Pada masa sama, beliau berkata, apabila pekerja didapati positif, majikan perlu menyediakan tempat untuk mereka diasingkan, manakala semua kontak rapat mereka juga perlu melalui proses pengasingan.

-Advertisement-

Katanya, apabila sekumpulan pekerja diasingkan, majikan perlu memastikan makan minum dan kebajikan mereka terjaga, berikutan tidak dapat keluar daripada kuarantin.

Beliau berkata, perkara itu dipersetujui majikan yang terbabit dalam libat urus berkenaan.

Sementara itu, Dr Chong berkata, pihaknya juga menasihati semua majikan mendaftar dengan program ‘Safe at Work’ di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), berikutan ia mempunyai cara untuk mewujudkan gelembung selamat, bagi pekerja masing-masing di kilang atau premis tempat kerja.

“Jika mereka lakukan itu, dan berlaku jangkitan di kilang atau tempat kerja, bilangan pekerja dijangkiti kurang. Apabila kes dikesan lebih awal, kes akan kurang, tetapi jika ia lambat dikesan, bilangannya akan tinggi.

“Saya berpendapat, jika semua itu dilakukan, walaupun ada kes jangkitan, kurang. Dan mereka hanya perlu menutup premis untuk pembersihan dan sanitasi,” katanya.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC