WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33081) ORDER BY meta_id ASC

Malaysia berdepan 3 cabaran utama makroekonomi - Rafizi » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Malaysia berdepan 3 cabaran utama makroekonomi – Rafizi

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR, 5 Jan 2023 (The Capital Post): Malaysia berdepan tiga cabaran utama makroekonomi ketika ini yang terkesan daripada persekitaran ekonomi global tidak menentu serta isu inflasi yang berterusan sehingga menekan kos sara hidup rakyat.

-Advertisement-

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, cabaran pertama adalah untuk mengukuhkan keupayaan fiskal negara.

“Bagaimana kita ingin memastikan dengan tuntutan semasa pendapatan yang kita dapat, boleh dimanfaatkan sebaiknya bukan saja untuk menyediakan perkhidmatan harian kepada rakyat, tapi cukup untuk kita melabur dalam bentuk perbelanjaan pembangunan jangka masa panjang.

“Ini termasuk dalam sektor, projek serta pembinaan keupayaan sebagai sebuah ekonomi yang akan ada kesan besar akhirnya kepada rakyat,” katanya dalam ucapan pada Majlis Amanat Menteri Ekonomi yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Live hari ini.

Cabaran kedua kata beliau, adalah bagaimana untuk menambah hasil kerajaan bagi membolehkan kerajaan mampu menampung perbelanjaan negara yang terus meningkat.

“Kita (kementerian) ada pengaruh besar kepada pendapatan negara kerana kita juga mengendalikan perbelanjaan pembangunan. Kita merancang, mengawal selia dan mempunyai pengaruh untuk memastikan sumber kewangan negara dilaburkan dalam sektor yang berpotensi tinggi, untuk ada kesan berganda pada masa akan datang.

“Namun, berapa banyak boleh dibelanjakan setiap tahun bergantung kepada pendapatan kerajaan. Kita ada ekonomi yang secara asasnya berkembang pada tahap dirancang. Empat, lima peratus, tapi ekonomi saja berkembang, namun tidak menjana pendapatan selari dengan perkembangan ekonomi, ia akan ada masalah kepada kerajaan.

“Ekonomi nampak berkembang, tetapi macam mana kita membantu kerajaan melalui pembinaan ekosistem ekonomi dasar supaya kerajaan dapat menambah hasil sepadan dengan perkembangan ekonomi yang kita lalui sekarang,” katanya.

Seterusnya beliau berkata, adalah cabaran untuk menstruktur kembali ekonomi, di mana fokusnya untuk melonjakkan ekonomi negara dalam sektor bernilai tinggi.

-Advertisement-

“Supaya impaknya bukan saja kepada perkembangan ekonomi tapi rakyat dapat rasai. Sedang kita di pihak kementerian dan pembuat dasar merancang perkembangan ekonomi secara makro, kesihatan ekonomi di peringkat rakyat hanya dua saja iaitu gaji naik atau tak serta kedua soal inflasi harga barang, sebab ianya saling berkait.

“Kalau gaji itu berpatutan dengan inflasi, pada tahap tertentu tak timbul risiko inflasi ada kesan besar kepada kesejahteraan isi rumah. Tetapi kalau inflasi naik dan gaji tak naik selari dengan inflasi, sebab itu ekonomi kita dalam 10,15 tahun lalu, kita terpaksa berdepan dengan cabaran itu (tekanan inflasi yang berterusan dirasai rakyat),” katanya.

Rafizi juga berkata, peranan pihak swasta dalam menggerakkan ekonomi negara mesti digandakan, sementara fokus kerajaan hanya membuat dasar dan membina ekosistem.

“Secara kasar prinsipnya, kerajaan membuat dasar dan membina ekosistem. Kalau ekonomi dalam keadaan negara jadi ‘trading’ (dagangan) yang besar, rantaian ekonomi dunia sangat berkait. Sepatutnya sebahagian besar daripada kandungan ekonomi datang dari pihak swasta.

“Kerajaan buat dasar memastikan supaya kerancakan ekonomi yang akan digerakkan swasta dan dana swasta bergerak ke arah yang adil dan tidak membawa kesan negatif kepada masyarakat. Jadi, beban untuk menanggung pelaburan semua itu menjadi lebih ringan berbanding yang terpaksa ditanggung kerajaan,” katanya.

-BH

(The Capital Post)

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC