Mia Raih Emas Muay Thai Wanita 45kg

Estimate Reading Time: < 1 minute

KLANG 24 OGOS 2026 (The Capital Post) – Atlet Muay Thai Selangor, Mia, mencatat kemenangan tipis apabila menewaskan wakil Johor, Damia Husna Azian, dalam kategori wanita 45 kilogram (kg) pada hari terakhir acara Muay Thai, Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026, semalam.

Pertandingan yang berlangsung di KSL Esplanade Mall, Klang itu menyaksikan Mia mengatasi Damia Husna dengan keputusan 34-33 dalam aksi sengit yang berlangsung penuh debaran.

Kemenangan tersebut menyaksikan Mia muncul juara bagi kategori wanita 45kg, sekali gus menyumbang pingat emas kepada kontinjen Selangor dalam temasya SUKMA XXII.

-Advertisement-

Kejayaan berkenaan membuktikan ketahanan mental, disiplin dan semangat juang tinggi yang ditampilkan atlet sepanjang kejohanan, khususnya dalam menghadapi lawan yang memberikan saingan sengit sehingga tamat pertarungan.

Pencapaian Mia turut menambah kecemerlangan kontinjen Selangor dalam temasya sukan berkenaan yang berlangsung di negeri sendiri, selain menjadi hasil usaha gigih atlet dan pasukan kejurulatihan. – The Capital Post