WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (26773) ORDER BY meta_id ASC

Pelabur ambil untung punca Bursa Malaysia merudum » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Pelabur ambil untung punca Bursa Malaysia merudum

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Aktiviti pengambilan untung berikutan kenaikan harga saham secara mendadak bermula akhir Ogos lalu menjadi antara faktor Bursa Malaysia menyusut lebih 60 mata sejak awal bulan ini.

-Advertisement-

Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin, berkata dagangan indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kekal rendah ketika ini turut disebabkan oleh tekanan jualan daripada kaunter pembuat sarung tangan.

“Beberapa faktor mempengaruhi penurunan harga saham semasa termasuk pengambilan untung selepas Bursa Malaysia mencatat keuntungan mendadak.

“Selain itu, tekanan jualan kaunter sarung tangan sehingga harga saham syarikat berkenaan merudum ke tahap terendah sepanjang tahun ini berikutan penurunan harga purata jualan (ASP) sarung tangan yang melebihi jangkaani.

“Satu lagi faktor yang mempengaruhi penurunan Bursa Malaysia adalah kesan pengumuman cadangan mengecualikan bayaran faedah pinjaman bagi peminjam dari golongan B50 (mereka yang bergaji RM5,000 ke bawah),” katanya kepada BH.

Syed Muhammed Kifni bagaimanapun berkata, pembukaan semula ekonomi dan penurunan kadar jangkitan COVID-19 akan mendorong pemulihan ekonomi bermula suku terakhir tahun ini.

“Justeru, kami menjangkakan aliran menurun Bursa Malaysia yang berlaku ketika tidak akan berlarutan.

“Pelabur asing mula memasuki pasaran tempatan dalam kadar agak konsisten pada pertengahan Ogos. Ini membantu memacu kenaikan indeks FBM KLCI dari tahap 1,500 mata pada pertengahan Ogos kepada 1,600 mata pada awal September.

Namun, seperti dinyatakan, beberapa faktor (akhirnya) mempengaruhi penurunan harga saham semasa,” katanya.

-Advertisement-

Ditanya mengenai pasaran mata wang, beliau menjelaskan ringgit melonjak sehingga ke tahap RM4.13 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal minggu lalu, seiring kemasukan dana asing.

“Bagaimanapun, dolar AS kembali menarik tumpuan sebagai ‘mata wang selamat’ sejak pertengahan minggu lalu berikutan masalah hutang bernilai beratus-ratus bilion dolar AS oleh sebuah syarikat perumahan di China.

“Namun, kami menjangkakan pihak berkuasa kewangan di negara China akan mengambil langkah memastikan perkara ini tidak menjejaskan iklim kewangan di negara terbabit dan dunia amnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pergerakan Bursa Malaysia dan ringgit amat amat berkait rapat dengan dasar bank pusat AS, Rizab Persekutuan (Fed) yang bakal bermesyuarat pada 21 hingga 22 September ini.

“Mesyuarat ini sememangnya penting kerana ia akan disertakan dengan unjuran ekonomi terkini yang bakal diumumkan. Jun lalu, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2021 dijangka meningkat ke paras tujuh peratus berbanding unjuran sebanyak 6.5 peratus dibuat pada Mac lalu.

“Justeru, akan timbul persoalan sama ada Fed akan menaikkan lagi unjuran mereka. Sekiranya ini berlaku, adakah ia akan diterjemahkan kepada pengurangan program pembelian aset yang berjumlah AS$120 bilion (RM500.3 bilion) sebulan.

“Oleh yang demikian, ia menyebabkan peningkatan nilai dolar 93.342 mata berbanding 93.195 mata pada Jumaat lalu. Ini turut memberi impak kepada penurunan FBM KLCI yang merosot secara agak menyeluruh,” katanya. -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27213,27210,27208,27205) ORDER BY meta_id ASC