WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (26776) ORDER BY meta_id ASC

Forum ekonomi beri idea usaha pemulihan negara » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Forum ekonomi beri idea usaha pemulihan negara

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Platform Forum Ekonomi Malaysia adalah tepat pada masanya ketika kerajaan dalam usaha pemulihan daripada pandemik COVID-19 yang memberi kesan besar kepada kesihatan awam dan ekonomi.

-Advertisement-

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata penyertaan ahli ekonomi tersohor dalam sesi Persidangan Meja Bulat (RTD) melalui platform itu dapat mencetuskan idea dan buah fikiran kepada kerajaan.

Mohd Zuki berkata, beliau berharap penganjur forum dapat menyalurkan hasil RTD kepada Kementerian Kewangan supaya dapat diberi pertimbangan sewajarnya.

“Harapan kita supaya platform ini benar-benar dapat dimanfaatkan sebagai entiti advokasi yang membabitkan pihak akademik, industri, masyarakat dan juga alumni.

“Buah fikiran dan idea semua pihak adalah amat penting kepada usaha membantu kerajaan memulihkan semula ekonomi negara akibat dari pandemik COVID-19.

“Tahniah kepada penganjur, Sekretariat Jaringan dan Alumni, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana berjaya menubuhkan satu platform advokasi yang dinamakan Forum Ekonomi Malaysia,” katanya ketika berucap sebelum merasmikan Majlis Pelancaran Platform Forum Ekonomi Malaysia anjuran Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM melalui aplikasi Zoom.

Yang turut hadir, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Ts Ekhwan Toriman dan Dekan FEP UKM Prof Dr Aini Aman.

Platform Forum Ekonomi Malaysia (FEM) ditubuhkan atas inisiatif Sekretariat Jaringan dan Alumni (SJA) di bawah pengurusan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM pada awal tahun 2021 dengan objektif menjadi sebuah platform advokasi dan intelektual dalam penyampaian input kepada pembangunan dan kesejahteraan negara.

-Advertisement-

Antara aktiviti yang sedang dan akan dilaksanakan di bawah platform FEM ini adalah Bicara Industri dan Masyarakat; Sembang Malam Sabtu (SMS); Sembang Niaga dan Minda Pemikir. yang akan membabitkan rakan strategik pihak industri, komuniti dan masyarakat.

Sempena majlis pelancaran itu, SJA turut menganjurkan sesi RTD berkenaan Bajet 2022: Pemangkin Pemulihan & Pembaharuan Ekonomi Malaysia? yang mengumpulkan ahli ekonomi bagi membawa pemikiran ahli akademik dalam bidang ekonomi kepada kerajaan khususnya Kementerian Kewangan untuk Bajet 2022.

Mohd Zuki berkata, hubungan strategik antara industri dan universiti sudah terjalin lama dan perlu diteruskan sebagai agenda pembangunan bakat.

Beliau berkata, kolaborasi itu boleh dikategorikan sebagai kerjasama rakan strategik terutama dalam bidang penyelidikan dan inovasi, pendidikan untuk pembangunan bakat dari modal insan serta pengkomersilan hasil penyelidikan melalui jaringan tempatan dan global.

Katanya, pencapaian itu boleh terhasil dari usaha berterusan untuk menambah nilai dalam kolaborasi dengan industri, kerajaan, masyarakat dan universiti lain terutama manfaat yang berpotensi dikembangkan.

“Akhirnya, hubungan antara industri dan universiti boleh dimanfaatkan hasil kerjasama melalui akses kepada ekosistem penyelidikan dan inovasi, jaringan rakan strategik, sumber, teknologi dan pengetahuan yang menggalakkan penambahan nilai, meningkatkan kecekapan, daya saing yang akhirnya meningkatkan imej, keuntungan, dan kemampanan universiti dan industri.

“Dalam konteks ini, hubungan antara universiti dan industri boleh dilaksana secara sistematik melalui dokumen kerjasama pemeteraian surat hasrat (LoI), memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA),” katanya. -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27213,27210,27208,27205) ORDER BY meta_id ASC