WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (30223) ORDER BY meta_id ASC

Pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri diteruskan » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri diteruskan

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli memaklumkan pembinaan Projek Loji Janakuasa Hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan berkapasiti 300 Megawatt (MW), akan diteruskan.

-Advertisement-

Menterinya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata pembiayaan dan pelaksanaan projek berkenaan dibuat sepenuhnya oleh TNB Power Generation Sdn Bhd (TPGSB).

Ketika ini, katanya, kerja pembinaan stesen janakuasa hidroelektrik itu sudah dimulakan sejak 1 Mac lalu, selain projek dijangka siap dan mula beroperasi pada 1 Jun 2027.

“Projek ini mampu membantu kerajaan Kelantan mengurangkan kesan fenomena banjir besar menerusi pembinaan tasik takungan utama berkeluasan 53.84 kilometer persegi.

“Ia juga mampu mengatasi isu perbekalan air bersih serta pengairan, dan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan ketika pembinaannya dan pelbagai lagi potensi kegiatan ekonomi apabila ia siap kelak,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Ramli Mohd Nor (BN-Cameron Highlands) mengenai pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri, sama ada akan menjejaskan kehidupan Orang Asli di sekitarnya, di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengenai impak ke atas Orang Asli, Takiyuddin berkata, pembinaan empangan berkenaan akan memberi kesan kepada tiga perkampungan komuniti berkenaan, iaitu Kampung Kuala Wias, Pos Pulat dan Pos Tohoi, membabitkan seramai 1,115 penduduk.

“Pembinaan empangan berkenaan yang turut menjejaskan flora dan fauna itu perlu ditangani melalui pelbagai langkah kawalan dengan kerjasama jabatan dan agensi kerajaan berkaitan.

-Advertisement-

“TPGSB sudah memulakan kerja awalan pembangunan projek ini dengan memperoleh semua kelulusan diperlukan, antaranya Kajian Potensi Mineral, Kajian Penerimaan Awam dan Sosial, Kajian Impak Alam Sekeliling (EIA), Kajian Impak Sosial (SIA) serta Kajian Impak Warisan (HIA),” katanya.

Beliau berkata, pelbagai program dan tanggungjawab sosial bersama komuniti Orang Asli sudah dilaksanakan TNB bagi memaksimumkan manfaat projek dan menjaga kepentingan pihak yang terkesan di kawasan berkenaan, sejak 2014.

“Lebih 30 sesi libat urus bersama masyarakat setempat sudah dilaksanakan termasuk anjuran SUHAKAM yang disertai pemimpin komuniti Orang Asli dari Pos Tohoi, Pos Pulat, Kampung Kuala Wias dan kumpulan Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK).

“Berdasarkan hasil Kajian Penerimaan Awam oleh juruperunding dilantik, UKM Pakarunding Sdn Bhd pada 2018, menunjukkan penerimaan penduduk di tiga perkampungan meningkat kepada 80 peratus berbanding 69.5 peratus, pada 2015.

“Ini mencerminkan masyarakat terbabit sudah memahami dengan jelas pembangunan yang akan berlaku di kawasan mereka dan manfaat bakal diperoleh,” katanya.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC