WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (1970) ORDER BY meta_id ASC

Pemilik pasar raya didenda rm3,500 jual arak ada bahan beracun » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Pemilik pasar raya didenda rm3,500 jual arak ada bahan beracun

Estimate Reading Time: < 1 minute

KAJANG- Seorang pemilik sebuah pasar raya hari ini didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah menjual arak yang mengandungi bahan kimia beracun yang boleh memudaratkan kesihatan orang awam, tahun lepas.

-Advertisement-

Majistret Nur Afidah Idris menjatuhkan hukuman itu terhadap Leong Tuck Ming, 49, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah dan tertuduh diperintahkan dipenjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan. Tertuduh membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Leong didakwa menjual Wiski Grand Royal, yang didapati mengandungi methanol pada kadar 8720 mg/L iaitu bahan kimia beracun yang boleh memudaratkan kesihatan manusia, yang mana ia telah melanggar peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah pasar raya di Bandar Rinching, Semenyih, pada 6.05 petang, 18 Sept 2018, mengikut Seksyen 13B(1) Akta Makanan 1983 dan dibaca bersama Seksyen 13B(2) (d) akta sama, yang memperuntukkan denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

-Advertisement-

Mengikut fakta kes, sepasukan penguatkuasa daripada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat telah memeriksa serta mengambil sampel arak di pasar raya berkenaan untuk dianalisis di makmal dan keputusan mendapati kandungan methanol dalam wiski itu terlalu tinggi daripada 220 mg/L yang dihadkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari Pejabat Kesihatan Hulu Langat Nor Rizai Khairudin manakala tertuduh diwakili peguam S. Priyalatha.- BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC