Penguncupan eksport jejas ekonomi Malaysia

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Pertumbuhan sederhana ekonomi Malaysia pada suku pertama dijangka akan berterusan dalam tempoh suku seterusnya didorong oleh penguncupan dalam eksport.

-Advertisement-

Ketua Bersama, Strategi Makro Global, Pasukan Penyelesaian Berbilang Aset Manulife, Sue Trinh, berkata hal ini kerana China yang juga rakan dagangan terbesar negara mempunyai dengan margin eksport yang kekal luas.

Beliau berkata, disebabkan penurunan eksport itu, ekonomi Malaysia akan diseimbangkan dengan meneruskan kebergantungannya kepada perbelanjaan isi rumah.

“Malaysia akan bergantung kepada isi rumah untuk meningkatkan pertumbuhan tahun ini.

“Sokongan akan diteruskan dengan ada banyak tanda positif keutamaan fiskal kepada isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana,” katanya ketika taklimat Tinjauan Pertengahan Tahun Pasaran Serantau 2023 secara maya hari ini.

Trinh berkata, jika dilihat kepada inflasi Malaysia ketika ini kelihatan agak stabil, sekali gus menjadikannya kurang halangan untuk berbelanja.

Beliau berkata, inflasi yang kelihatan agak ‘rendah’ itu juga akan mengurangkan tekanan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) secara agresif.

-Advertisement-

“Justeru, bagi Malaysia, saya berasakan tinjauan ke hadapan adalah agak seimbang jika dilihat dari perspektif serantau,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pelaburan (Pendapatan Tetap Asia) Manulife, Murray Collis, berkata ringgit mempunyai prestasi tahun yang mencabar setakat ini dengan penurunan sekitar lima setengah peratus dan didagangkan lebih lemah berbanding mata wang lain.

Beliau berkata, jika dilihat secara meluas, Malaysia sebenarnya mempunyai asas ekonomi makro yang agak kukuh.

“Saya berasakan bahawa ringgit menyusut nilai secara berlebihan, dari tahun ke tahun, namun apabila kita melihat secara lebih meluas pada pasaran bon Malaysia, kita fikir ia kekal menarik dari sudut penilaian.

“Jadi, saya rasa pasaran bon tempatan masih menarik. Ringgit mungkin sedikit lebih neutral kepada sedikit positif dalam jangka masa sederhana,” katanya.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373