WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (32938) ORDER BY meta_id ASC

Perdana Menteri bentang bajet mini pagi ini » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Perdana Menteri bentang bajet mini pagi ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 20 Dec 2022 (The Capital Post): Hari kedua sidang Dewan Rakyat hari ini dijadual bermula dengan pembentangan bajet mini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

-Advertisement-

Belanjawan itu dianggarkan membabitkan peruntukan berjumlah hampir RM56 bilion.

Perkara itu terkandung dalam urusan kesembilan Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul Dewan Rakyat.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat itu, wang berjumlah RM55,959,213,200 dicadang dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi 2023 untuk perbelanjaan segera, sementara menunggu Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2023 diluluskan.

Pada 24 November lalu, Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, kerajaan akan membentang rang undang-undang (RUU) belanjawan mini, bagi meluluskan emolumen berkaitan belanja mengurus kerajaan, khususnya gaji penjawat awam.

Katanya, kelulusan emolumen itu penting bagi memastikan tiada kebimbangan dalam kalangan penjawat awam berhubung gaji, berikutan Bajet 2023 masih belum diluluskan.

Selepas kelulusan RUU mini itu, katanya, kerajaan dijangka membentangkan belanjawan susulan yang menyeluruh, kira-kira sebulan selepas sidang Parlimen minggu ini.

-Advertisement-

Pada 7 Oktober lalu, Menteri Kewangan di bawah pimpinan kerajaan sebelum ini, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, bajet itu tidak sempat untuk dibahas dan diluluskan selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada 10 Oktober.

Susulan pembubaran Parlimen, Bajet 2023 perlu dibentangkan semula di Dewan Rakyat secepat mungkin, bagi memastikan belanjawan mengurus kerajaan awal tahun depan diluluskan.

-BH

(The Capital Post)

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC