PM Tekankan Perkhidmatan Kerajaan Pantas, Cekap dan Berimpak

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 9 SEPTEMBER 2026 (The Capital Post) – Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar Negeri, Dato’ Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin mengetuai warga kementerian dalam sesi mendengar amanat Perdana Menteri sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) yang disiarkan secara langsung.

Dalam amanat tersebut, Perdana Menteri menekankan keperluan memastikan pelaksanaan dasar serta penyampaian perkhidmatan kerajaan dilaksanakan secara pantas, cekap dan memberikan impak yang jelas kepada rakyat.

Beliau turut menggesa penjawat awam supaya terus meningkatkan prestasi serta memperkukuh komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan perkhidmatan yang disampaikan berada pada tahap terbaik.

-Advertisement-

Sesi tersebut turut menjadi ruang kepada warga Kementerian Luar Negeri untuk menghayati amanat kepimpinan negara serta memperkukuh iltizam dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab selaras dengan aspirasi serta agenda pembangunan negara.

Kementerian Luar Negeri akan terus memberikan komitmen dalam memastikan pelaksanaan tanggungjawabnya berjalan dengan berkesan, di samping menyokong usaha kerajaan mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. – The Capital Post