SEGAMAT, 9 SEPTEMBER 2026 (The Capital Post) – Mesyuarat Tapak Bilangan 10 bagi Projek Pembinaan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PPAK) KEMAS PKM Segamat diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Segamat pada 7 September 2026 bagi menilai perkembangan semasa projek berkenaan.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Jurutera Daerah JKR Segamat dan turut disertai wakil Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Negeri Johor, KEMAS Negeri Johor, KEMAS Daerah Segamat, kontraktor utama serta Nominated Sub-Contractor (NSC) yang dilantik.
Perbincangan memberi tumpuan kepada status kemajuan projek, penyelarasan pelaksanaan kerja serta perkara yang memerlukan tindakan susulan bagi memastikan pembinaan dapat disiapkan mengikut tempoh, spesifikasi dan tahap kualiti yang ditetapkan.
Selesai mesyuarat, Jurutera Daerah bersama wakil agensi dan pihak kontraktor turut menjalankan lawatan ke tapak pembinaan bagi menilai perkembangan kerja secara langsung serta menyemak kemajuan terkini projek.
-Advertisement-
Lawatan tersebut turut memberi ruang kepada semua pihak untuk membincangkan isu berbangkit di tapak dan menyelaras langkah penyelesaian bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar.
Kerjasama berterusan antara agensi kerajaan, pihak kontraktor dan semua pihak berkaitan diharap dapat memastikan projek PPAK KEMAS PKM Segamat disiapkan dengan jayanya demi menyediakan kemudahan pendidikan awal kanak-kanak yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat. – The Capital Post