WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27345) ORDER BY meta_id ASC

Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS ketika dibuka untuk urus niaga pagi ini walaupun sentimen ketidakpastian dilihat menguasai pasaran menjelang pengumuman data gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini.

-Advertisement-

Pada 9 pagi, unit tempatan itu meningkat kepada 4.1800/1830 berbanding dolar AS daripada 4.1820/1835 pada penutupan petang Khamis.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata data Tuntutan Pengangguran Awal AS menunjukkan permohonan untuk insurans pengangguran telah merosot minggu lalu.

“Ini agak positif untuk dolar AS kerana pasaran mungkin mengandaikan yang Rizab Persekutuan AS telah mencapai matlamatnya untuk menghasilkan lebih banyak pekerjaan di AS.

“Dari sudut teknikal, sekiranya pergerakan dolar AS-ringgit mencecah paras melepasi 4.1930, ia boleh meningkat kepada 4.2400 dalam tempoh beberapa hari ini,” kata beliau.

-Advertisement-

Pada paras pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.7405/7435 daripada 3.7517/7534 pada penutupan petang urus niaga Khamis dan tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0776/0803 berbanding 3.0784/0797.

Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.8308/8343 daripada 4.8344/8361 sebelumnya tetapi lebih rendah berbanding pound Britain kepada 5.6927/6968 daripada 5.6833/6854 semalam.

– Bernama -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC