Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 7 Feb 2023 (The Capital Post) : Nilai ringgit terus turun pada permulaan awal urus niaga pagi Selasa dan diniagakan rendah berbanding dolar AS kerana pelabur mengambil sikap berhati-hati terhadap perkembangan ekonomi global, kata seorang penganalisis.

-Advertisement-

Pada 9.37 pagi, ringgit didagangkan pada 4.3050/3100 berbanding dolar AS daripada penutup Jumaat 4.2565/2610.

Penganalisis itu berkata lebih ramai pelabur beralih kepada mata wang selamat dengan jangkaan Rizab Persekutuan AS akan menaikkan lagi kadar faedah dalam masa terdekat.

Beliau berkata data terkini yang menunjukkan pasaran pekerjaan AS yang berdaya tahan mencadangkan kadar faedah kekal lebih tinggi untuk tempoh yang lebih lama tatkala bank pusat terus berusaha untuk memperlahankan inflasi dalam keadaan pertumbuhan ekonomi yang agak kukuh.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

-Advertisement-

Mata wang tempatan menambah nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.2459/2499 daripada penutup Jumaat 3.2475/2514 dan menokok berbanding yen Jepun kepada 3.2522/2563 daripada 3.3106/3147.

Nilai ringgit turut meningkat berbanding pound Britain kepada 5.1845/1905 daripada 5.2125/2180 dan lebih tinggi berbanding euro pada 4.6223/6276 daripada 4.6519/6568.

– Bernama -BH

(The Capital Post)