WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33512) ORDER BY meta_id ASC

Ringgit terus meningkat, RM4.43 satu dolar AS » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Ringgit terus meningkat, RM4.43 satu dolar AS

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 23 Mar 2023 (The Capital Post): Ringgit terus meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal dagangan Khamis selepas kebimbangan yang kian ketara terhadap prospek ekonomi global mengalihkan perhatian pelabur ke arah mata wang sedang pesat membangun termasuk ringgit, kata seorang peniaga.

-Advertisement-

Pada 9.20 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.4370/4405 daripada dolar AS berbanding kadar penutup semalam pada paras 4.4530/4580.

Menurut peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, kebanyakan pakar percaya Rizab Persekutuan (Fed) tidak akan menaikkan kadar faedahnya pada hari Rabu, memandangkan keadaan semasa sektor perbankan yang goyah.

“Bagaimanapun, Fed memutus menaikkan kadar faedah daripada 4.75 kepada 5.0 peratus. Ini adalah kenaikan kedua iaitu hanya 0.25 peratus yang diguna pakai oleh Fedn, sekali gus menandakan penurunan sistematik dalam kenaikan kadar faedah,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menokok nilai berbanding pound Britain kepada 5.4531/4574 daripada 5.4696/4758 pada penutup semalam, tetapi susut berbanding euro menjadi 4.8292/8330 daripada 4.8026/8080 dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.3899/3928 daripada 3.3592/3633 sebelumnya.

-Advertisement-

Pada masa yang sama, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding baht Thailand kepada 12.9931/13.0105 daripada 12.9297/9506 pada Rabu dan turun berbanding dolar Singapura menjadi 3.3406/3435 daripada 3.3363/3406.

Bagaimanapun, nilai ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 289.10/289.50 daripada 290.10/290.60 semalam dan naik berbanding peso Filipina kepada 8.13/8.14 daripada 8.16/8.18 sebelum ini.

-BERNAMA -BH

(The Capital Post)

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC