‘Saya belum dapat laporan pihak Singapura ceroboh perairan negara di Johor’

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menunggu laporan penuh berhubung dakwaan pihak berkuasa Singapura menceroboh perairan negara dan mengancam nelayan tempatan.

-Advertisement-

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pihaknya masih belum menerima laporan mengenai kejadian terbabit daripada agensi berkaitan.

“Saya tunggu laporan dulu. Buat masa sekarang saya belum dapat laporan daripada bahagian berkenaan.

-Advertisement-

“Saya akan berkongsi dengan media sejurus dapat laporan itu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan KDN di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan nelayan di Kampung Pendas, Iskandar Puteri di Johor yang mendakwa pihak berkuasa Singapura melanggar dan merosakkan jaring mereka ketika sedang memasang jaring udang di kawasan perairan Selat Tebrau baru-baru ini.

-BH