Sentimen pelabur lonjak Bursa Malaysia

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia melanjutkan trend peningkatan pada Jumaat lalu dengan kenaikan di hampir semua papan apabila sentimen bulis terus merangsang minat belian.

-Advertisement-

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.27 mata atau 0.35 peratus kepada 1,523.30 berbanding penutup Jumaat 1,518.03.

Petunjuk utama pasaran dibuka 1.96 mata lebih tinggi pada 1,519.99.

-Advertisement-

Pasaran meluas juga positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 294 berbalas 133, manakala 270 kaunter tidak berubah, 1,511 tidak diniagakan dan tujuh lagi digantung.

-BERNAMA – BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5279