SPAN adakan sesi dialog susulan insiden gangguan air

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) meneruskan agenda mengenal pasti langkah penambahbaikan dan pencegahan isu gangguan bekalan air melalui sesi dialog dengan pihak berkepentingan.

-Advertisement-

SPAN dalam satu kenyataan, berkata pihaknya turut mendengar taklimat daripada wakil operator bekalan air dan badan pengurusan sumber air negeri.

“Bagi mendapatkan maklumat yang lebih menyeluruh, ahli Jawatankuasa Teknikal Khas (JKTK) SPAN diberi taklimat lanjut oleh wakil daripada Syarikat Air Darul Aman (SADA) mengenai senario, impak dan langkah pencegahan.

“Turut sama memberi taklimat adalah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) serta badan pengurusan air mentah kedua-dua negeri iaitu Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) dan Badan Kawal Selia Air (BKSA) Pulau Pinang,” katanya.

SPAN memaklumkan ahli JKTK SPAN juga mengadakan lawatan ke tapak insiden serta mendengar taklimat pengoperasian dan insiden daripada wakil Pengurusan Lembangan Sungai Muda (PLSM).

“SPAN akan meneliti setiap maklum balas yang diterima dari segenap sudut berhubung insiden berkenaan.

-Advertisement-

“Seterusnya, mengesyorkan langkah-langkah penambahbaikan yang wajar dipertimbang dan dilaksanakan.

“Laporan akhir juga akan dimuktamadkan pada pertengahan bulan ini,” katanya.

Antara yang hadir berkongsi pandangan adalah wakil daripada The Institute of Engineers Malaysia (IEM) cawangan Kedah dan Pulau Pinang, Malaysian Water Partnership (MyWP), Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Penang Water Watch dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Terdahulu, SPAN dilapor menubuhkan JKTK bagi meneliti dan mengemukakan penyelesaian berhubung gangguan bekalan air mentah di Kedah dan Pulau Pinang susulan insiden luar jangka penurunan paras air Sungai Muda.
Katanya, penurunan paras air Sungai Muda secara mendadak pada 14 Mei lalu menjejaskan pengoperasian beberapa loji rawatan air (LRA) di Kedah dan Pulau Pinang sehingga menyebabkan 678,983 akaun pengguna berdepan gangguan bekalan air bersih.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373