Tambah baik elemen punitif negara penyebab jerebu dalam AATHP

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP) perlu ditambah baik dengan memasukkan peruntukan berkaitan hukuman ke atas negara yang menyebabkan jerebu rentas sempadan.

-Advertisement-

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata ketika ini, AATHP mempunyai limitasi, yang mana ia berada di bawah kerangka tidak campur tangan dalam kalangan negara anggota atau kedaulatan mutlak yang menjadi pegangan negara ASEAN.

Pada masa sama, katanya, kerajaan akan terus mengkaji penggubalan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (THA) yang dilihat berdepan beberapa kekangan buat masa ini.

“Bergerak ke depan, mungkin perlu dalam kalangan negara ASEAN untuk kita memperbaiki AATHP ini.

-Advertisement-

“Di bawah perjanjian sedia ada, tiada tindakan punitif yang boleh diambil ke atas syarikat atau negara yang menyebabkan jerebu rentas sempadan. Ini antara kekangan yang ada di bawah kerangka sedia ada,” katanya ketika pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Yeo Bee Yin (PH-Puchong) sama ada kerajaan boleh melakukan sesuatu yang baharu dalam mengatasi isu jerebu di negara ini kerana langkah yang diambil selama ini tidak berkesan dalam menyelesaikan isu berkenaan.

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373