WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (444) ORDER BY meta_id ASC

Tangisan pilu isteri hamil.. » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Tangisan pilu isteri hamil..

Estimate Reading Time: 2 minutes

“DIA sangat gembira selepas mendapat tahu isterinya mengandung anak ketiga, sebaik menerima gaji petang tadi, dia menghubungi isteri dan berjanji akan membawa isterinya menjalani pemeriksaan di klinik swasta esok.

-Advertisement-

“Bagaimanapun, hasratnya itu tidak kesampaian apabila dia terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah,” kata Mohd Razor Abd Rahman, 55, berhubung menantunya, Zulkifli Othman, 33, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 68, Jalan Jerangau-Jabur, dekat Kampung Dendang, Dungun, hari ini.

Dalam kejadian 6.10 petang itu, Zulkifli disahkan meninggal dunia di lokasi selepas motosikal ditungganginya berlanggar dengan kereta Perodua Viva yang memasuki simpang secara mendadak.

Kejadian menyebabkan mangsa terjatuh ke laluan bertentangan sebelum dirempuh kereta Mercedes Benz yang berada di belakang Perodua Viva terbabit.

Mohd Razor berkata, kejadian berlaku ketika menantunya yang bekerja di Pusat Pengasingan Kelapa Sawit di Bukit Besi dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Pancur Jerangau.

Katanya, selepas menerima maklumat berhubung kemalangan itu, dia segera bergegas ke rumah anaknya, Nor Afikah Akmal, 28, bagi memaklumkan kejadian.

“Pada mulanya saya tidak tahu anak (isteri mangsa) mengandung anak ketiga. Selepas memaklumkan mengenai kejadian menimpa suaminya itu, Afikah menangis sambil memaklumkan mengandung.

“Susulan itu saya tidak membenarkan Afikah ke lokasi kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini terhadap dia dan kandungannya,” katanya ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Dungun, hari ini.

-Advertisement-

Menurutnya, susulan kejadian dia memecut kenderaan sendirian untuk ke lokasi untuk tindakan lanjut.

“Ketika sampai orang ramai memaklumkan menantu saya sudah meninggal dunia.

“Saya sangat sedih dengan kehilangan Zulkifli kerana dia menantu yang sangat baik dan sentiasa menghormati orang tua,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kemalangan terbabit.

Katanya, mangsa yang parah di bahagian kepala meninggal di tempat kejadian dan mayat dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-HMetro

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC