Tiga Negeri Jajahan PAS tidak bubar DUN

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA, 13 Oktober 2022 (The Capital Post) : PAS mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Terengganu, dan Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang , berkata PAS akan turut memperkukuh kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi PRU-15, atas prinsip penyatuan ummah.

“Melalui mesyuarat ini juga, PAS memuktamadkan perbincangan kerusi di negeri dengan PN.

“Senarai calon daripada negeri perlu diangkat untuk penilaian Majlis Syura Ulama,” katanya.

-Advertisement-

Terdahulu, Abdul Hadi mempengerusikan mesyuarat AJK PAS Pusat di Pejabat Agung parti itu, di sini, yang berlangsung selama lebih tiga jam.

-BH