WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (30125) ORDER BY meta_id ASC

Tiga negeri PH akan segera kuat kuasa undang-undang lompat parti » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Tiga negeri PH akan segera kuat kuasa undang-undang lompat parti

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Tiga negeri ditadbir Pakatan Harapan (PH) akan meminda perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri masing-masing secepat mungkin, sebaik saja Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 diluluskan.

-Advertisement-

Lim Guan Eng (PH-Bagan) berkata, langkah itu bagi membolehkan RUU berkaitan larangan wakil rakyat bertukar parti itu dikuatkuasakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bermula.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua negeri lain di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan PAS untuk turut mengikut jejak langkah itu sekali gus memastikan tiada lagi krisis politik akibat lompat parti berlaku di mana-mana DUN.

“PH memberi jaminan kita akan meminta semua kerajaan negeri PH untuk meminda perlembagaan negeri masing-masing untuk diseragamkan dengan Perlembagaan Persekutuan, supaya tindakan lompat parti diharamkan dalam negeri berkenaan.

-Advertisement-

“Saya harap ini boleh diamalkan oleh negeri-negeri di bawah BN dan PN, termasuk di Sarawak,” katanya ketika membahaskan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC