Tujuh keluarga terjejas dalam kebakaran melibatkan 4 buah rumah di Sg Bedil

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUCHING- Tujuh keluarga hilang tempat tinggal apabila rumah yang didiami hangus dalam kebakaran di Kampung Sungai Bedil di sini, petang tadi.

-Advertisement-

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mereka menerima panggilan kecemasan itu kira-kira pukul 3.10 petang dan terus bergegas ke tempat kejadian.

-Advertisement-

“Kebakaran telah berjaya dikawal pada 3.50 petang daripada merebak dan bomba masih membuat kerja-kerja pemadaman.

“Kebakaran melibatkan empat buah rumah terbakar 100 peratus dan sebuah rumah terbakar 80 peratus. Kebakaran berkenaan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa,” kata jurucakap pusat gerakan itu.- BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373