Turki sasar 75 juta pelancong menjelang 2023

Estimate Reading Time: < 1 minute

ISTANBUL- Turki mensasarkan 75 juta ketibaan pelancong menjelang 2023, kata Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan pada Jumaat, lapor agensi berita Anadolu.

-Advertisement-

“Sementara sasaran purata perbelanjaan per kapita dianggarkan US$867 pada 2023,” kata Mehmet Nuri Ersoy pada sidang akhbar di Istanbul.

Pada 2018 purata perbelanjaan per kapita adalah US$647 dengan perbelanjaan warga asing sebanyak US$617 manakala rakyat tempatan US$801, menurut Institut Statistik Turki (TurkStat).

Ersoy berkata negara itu mensasarkan perolehan pada perayaan 100 tahun Turki ialah sebanyak US$86 semalam menjelang 2023.

-Advertisement-

“Kita perlu memberi tumpuan kepada pendapatan setiap malam, bukan setiap orang,” katanya.

Menurut TurkStat, tahun lepas Turki menerima seramai 45.6 juta pelawat dengan nilai pendapatan US$29.5 bilion.-Bernama


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5279