Wang tidak dituntut cecah RM11.2 bilion

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Jumlah wang yang tidak dituntut di negara ini mencecah RM11.2 bilion sehingga 30 April lalu.

-Advertisement-

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sebahagian besar wang tidak dituntut yang diuruskan Jabatan Akauntan Negara itu adalah wang dalam akaun bank yang tidak aktif melebihi tujuh tahun atau lebih, merangkumi 70 peratus.

Beliau berkata, dua lagi kategori wang yang tidak dituntut adalah wang yang tidak dibayar kepada empunya seperti gaji, bonus dan dividen dalam tempoh setahun atau lebih serta wang lebihan dalam akaun perdagangan antara pembekal dan syarikat dalam tempoh dua tahun atau lebih.

-Advertisement-

“Sehingga semalam, kita sudah kembalikan sebanyak RM3.3 bilion kepada rakyat yang membuat tuntutan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

– Berita Harian