WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (563) ORDER BY meta_id ASC

Warisan dibenar tubuh 1,111 cawangan seluruh Sabah » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Warisan dibenar tubuh 1,111 cawangan seluruh Sabah

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA KINABALU- Parti Warisan Sabah (Warisan) telah menerima surat kebenaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menubuhkan sebanyak 1,111 cawangan parti itu di seluruh negeri, kata Setiausaha Agungnya Loretto Padua.

-Advertisement-

Sehubungan itu, Loretto meminta kerjasama daripada setiap bahagian Warisan memaklumkan kepada semua pemohon berhubung perkara tersebut bagi membolehkan mesyuarat penaja cawangan dapat diadakan mengikut tertib dan peraturan ditetapkan.

Katanya mesyuarat itu perlu diadakan dalam kadar segera berikutan ROS memberi tempoh selama 90 hari untuk menghantar semua minit mesyuarat ke ibu pejabat ROS di Putrajaya dan pemohon boleh menghubungi pejabat Warisan sekiranya memerlukan khidmat nasihat mengenai peraturan mesyuarat.

“Kegagalan mengadakan mesyuarat dalam tempoh masa itu (boleh) menyebabkan permohonan tersebut luput,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

-Advertisement-

Loretto berkata penubuhan 1,111 cawangan itu adalah sebahagian daripada 3,700 cawangan yang dimohon sebelum ini, dan menurutnya, ROS akan menghantar lagi senarai cawangan dibenarkan pada Oktober, November dan Disember ini.

Pendaftaran cawangan Warisan adalah satu proses berterusan, namun, parti itu akan membuat kawalan bagi memastikan cawangan ditubuhkan diyakini mampu bergerak aktif dalam berkhidmat kepada Warisan dan rakyat di peringkat akar umbi, katanya.- Bernama

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC