23,564 kes positif baharu COVID-19 hari ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan kes tertinggi untuk tiga hari berturut-turut apabila sebanyak 23,564 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi.

-Advertisement-

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang berkongsi ringkasan laporan harian itu, berkata sehingga kini kes jangkitan COVID-19 negara sudah mencecah 1,513,024 kes.

Beliau berkata, sembilan negeri dan wilayah mencatatkan kes empat angka, didahului Selangor dengan 6,974 kes, disusuli Sabah (2,738); Sarawak (2,548); Kedah (1,932); Kuala Lumpur (1,652); Pulau Pinang (1,523); Johor (1,323); Kelantan (1,281) dan Perak (1,248).

-Advertisement-

Kes positif baharu turut dilaporkan di Melaka dengan 610 kes; Negeri Sembilan (608); Terengganu (521); Pahang (517); Perlis (64); Putrajaya (24) dan satu kes di Labuan.

-BH